Isnin, 19 Januari 2009

XYL WT21 Meninggal Dunia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Untuk info rakan kelab, rakan kita dari Kluang En. Muslimin B. Drany WT21 terlibat dalam kemalangan jalanraya di Felda Air Tawar 5 Kota Tinggi pada 18/01/09 (Ahad) jam lebih kurang 8.30 pm. Dalam kejadian tersebut Jip (Land Cruiser) dikatakan terlanggar binatang hutan dan terbabas dan terbalik beberapa kali.
Beliau dikatakan dalam perjalanan dari Kluang ke Felda Semencu dan tempat kejadian lebih kurang 10 KM dari rumah ibu bapa isterinya. Isterinya meninggal dunia di tempat kejadian, empat anaknya cedera ringan seorang retak tulang paha dan Muslimin cedera di bahagian muka sebelah kanan dan keadaan stabil. Jenazah Razimah Binti Laintang dikebumikan di tanah perkuburan Islam Felda Semencu Kota Tinggi.
....Al-Fatihah.....

Rabu, 7 Januari 2009

Khamis, 1 Januari 2009

Selamat Tahun Baru 1430 H Dan 2009 M

Bagi pihak AJK KRKPJB kami mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada semua rakan kelab. Kami mengharapkan di tahun baru ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Semuga di tahun baru ini rakan-rakan DITETAPKAN IMAN, DIPANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZKI.

" Satu hobi Satu Frekuensi "