Selasa, 14 Mei 2013

BARISAN EXCO NEGERI JOHOR


Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang baharu di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, di sini sebentar tadi.

Ia disusuli oleh sembilan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) negeri.

Mereka yang dilantik sebagai Exco kerajaan negeri ialah Asiah Md. Ariff (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga), Md. Jais Sarday (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi), Tee Siew Kiong (Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan), Datuk Ir. Hasni Mohammad (Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) dan Vidyananthan Ramanadhan (Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia).

Lain-lain ialah Abd. Mutalip Abd. Rahim (Pengerusi Jawatankuasa Agama), Datuk Abd. Latiff Bandi (Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Ismail Mohamed (Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Tani) dan Datuk Zulkurnain Kamisan (Pengerusi Jawatankuasa Sukan, Kebudayaan dan Warisan).