Ahad, 15 Disember 2013

MARL EGM @ DEWAN SIVIK, PETALING JAYA (14/12/2013)













PERKARA2 YANG TELAH DI PERSETUJUI DIDALAM EGM MARL (14/12/2013)

PINDAAN FASAL 4. KEAHLIAN.
1. Kriteria keahlian adalah saperti berikut:

A. AHLI BIASA.
i. Pertubuhan / Persatuan / Kelab Radio Amatur yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
ii. Ahli Biasa akan di wakili oleh Tiga (3) orang wakil, terdiri daripada penyandang jawatan didalam Ahli Jawatankuasa Pertubuhan / Persatuan / Kelab tersebut, didalam menghadiri Mesyuarat Agung, Mesyuarat Agung Khas, dan berhak mengundi.

B. AHLI BERSEKUTU.
Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria Ahli Biasa dan tidak mempunyai hak mengundi.

C. AHLI KEHORMAT.
Trdiri daripada yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada Pertubuhan. Mereka ditentukan oleh Jawatankuasa dan terkecuali dari pembayaran yuran.dan tidak mempunyai hak mengundi.

D. AHLI SEUMUR HIDUP
Tiada

E. AHLI REMAJA.
Tiada

PINDAAN FASAL 6 SUMBER KEWANGAN.
1. BAYARAN MASUK
RM 100.00 ( Ringgit Malaysia : Seratus sahaja )
2. BAYARAN TAHUNAN.
i. RM 50.00 ( Ringgit Malaysia: Lima Puloh sahaja ) bagi jumlah Keahlian Pertubuhan / Persatun / Kelab yang mempunyai keahlian kurang daripada 50 orang dan Ahli Bersekutu.
ii. RM 100.00 ( Ringgit Malaysia: Seratus sahaja ) bagi jumlah keahlian Pertubuhan / Persatuan / Kelab yang mempunyai keahlian melebihi daripada 50 orang dan kurang daripada 150 orang.
iii. RM 200.00 ( Ringgit Malaysia: Dua Ratus sahaja ) bagi jumlah keahlian Pertubuhan / Persatuan / Kelab yang mempunyai keahlian melebihi daripada 150 orang dan kurang daripada 300 orang.
iv. RM 300.00 ( Ringgit Malaysia: Tiga Ratus sahaja ) bagi jumlah keahlian Pertubuhan / Persatuan / Kelab yang mempunyai keahlian melebihi daripada 300 orang.

HANYA AKAN TERLAKSANA SETELAH MENDAPAT KELULUSAN PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA.