Ahad, 21 Disember 2008


Untuk infomasi ahli-ahli kelab surat dari SKMM berkenaan audit AA dan Repeater.

Khamis, 11 Disember 2008

AA Kelab Telah Diperbaharui




Terima kasih kepada semua pihak dan di atas sokongan kita dapat membaharui AA kelab untuk tahun 2009. 'Satu Hobi Satu Frekuensi'. Go Go Pelangi Go.

Sabtu, 29 November 2008

Harimau Makan Orang

Berita Gembira Kepada Rakan-Rakan Kelab

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Berkat dari doa, usaha rakan-rakan dan sokongan daripada pihak berkuasa Lesen radio atau AA KRKPJB dapat lampu hijau untuk memperbaharui tahun 2009 dan surat membaharui sudah sampai di tangan saya.
Mudah-mudahan tahun hadapan kita dapat ber 'QSO' lagi. Ingat penubuhan KRKPJB (K) merupakan kelab pra-amatur. Jadi tanggung-jawab anda sebagai ahli kelab supaya mengambil 'RAE'.
Terima kasih atas sokongan anda.

"SATU HOBI SATU FREKUENSI"

73.

Saidi Bin Hasan
b/p: Ahli Jawatan Kuasa.

Hanya Ingin Mengingati Rakan-Rakan

assalamualaikum ... Hanya Ingin Mengingatkan ....



Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...
  • 1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
  • 2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
  • 3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
  • 4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
  • 5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya .....

  • 1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
  • 2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
  • 3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
  • 4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
  • 5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

  • 1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
  • 2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
  • 3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
  • 4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.

Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

  • Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
  • Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
  • Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
  • Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
  • Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Wassalam.

Rabu, 26 November 2008

Kisah Dan Tauladan

KISAH LELAKI TUA DAN 3ORG ANAKNYA

Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yang sudah bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang anak lelaki.

Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben. Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini sayang juga dengan Anis.

Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang (jetty) dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya.. jadi merayau-rayau lah si anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberi makan.

Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa yang dimahukan si Raja itu.

Maka dipanggilnya si Harben.

"Harben, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?"

Apa yang dijawab Harben?

"Minta maaf lah ayah. Masalahnya Harben tak pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah, ye ayah?"

Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya tidak boleh diharap.

"Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih.

Dipanggilnya pula si Anis.

"Anis, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yang dijawab Anis?

"Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?"

Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga.

"Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih. Dipanggilnya pula si Amsal.

"Hei Amsal,tolong hantar ayah ke pulau seberang.. Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap.." Lalu Amsal menjawab,

"Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan.Menyesallah dihatinya kerana tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja untuk ayahnya.

Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagar rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut ayahnya mengayuh kolek. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan hujan lebat pun turun.

Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.

Sekian adanya.

APA PENGAJARAN CERITA INI.

Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini.

Harben ialah HARTA-BENDA,
Anis ialah ANAK-ISTERI, dan
Amsal ialah AMAL-SOLEH.

Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal. Di mana bila manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja) yang dapat dibawanya hanyalah Amsal. Harben tinggal dipintu pagar dan Anis tinggal di penambang (di tepi kubur).Oleh itu dalam kita mengejar cita-cita di dunia ini jangan lah lupa dengan akhirat dan rukun Islam yang lima .

Sama-samalah kita mendapat kesenangan di dunia dan di akhirat.

Wassalam.

Biar susah, jangan menyusahkan. .

Rabu, 19 November 2008

Amateur Radio Reunion Day (ARRD)


Tarikh: 13/12/2008 (Sabtu) - 14/12/2008 (Ahad) - Lepas Raya Haji.
QTH: Beach Front Bungalow in PD.
Keterangan:


  1. 9W2ZLH 012-6581926

  2. 9W2BBS 012-2353769

  3. 9W2FD 012-3713960

Amateur Radio Reunion

Kalau rakan kelab yang ada kelapangan dan kemudahan boleh turut serta.

Ahad, 9 November 2008

Saham Akhirat

Doa 'basic' untuk anak-anak. Kalau ada kelapangan ajarkan kepada anak-anak. Maksud doa ini saya berikan kemudian kalau ada permintaan.Tks.

Gambar Rakan-Rakan Kelab Kawasan Kulai

WT185, WT184, WT183, WT182, WT181
WT180, WT179, WT178, WT177, WT176

WT175, WT174, WT173, WT172, WT171


WT169, WT166, WT165, WT164, WT163



WT162, WT161, WT139, WT138, WT137





Gambar Rakan-Rakan Kelab

WT42, WT05 Ubaidillah, WT??, WT30 Mohd Bazri (QTH. P. Pinang) WT136, WT133, WT132, WT131


WT136, WT133, WT132, WT131 WT42, WT05 Ubaidillah, WT??, WT30 Mohd Bazri (QTH. P.Pinang)






Gambar Rakan-Rakan Kelab

WT89/9W2LCM Loh @ Pak Loh

WT78/9W2??? Cikgu Din

Gambar Rakan-Rakan Kelab.

WT74/9W2SBH Saidi & WT10 Abdul Rahim @ Pak Rahim

WT51/9W2ISS Sam
WT14/9W2ZIN Zin





WT70/9W2KJB Kamarudin @ Pak Din


WT007/9W2OOT Mohamad @ En. Mat


Penyelarasan Tarikh Tamat Tempoh AA




AA Kelulusan Repeater Gunung Pulai


Untuk infomasi rakan-rakan kebenaran dari SKMM.

Khamis, 6 November 2008