Sabtu, 29 November 2008

Hanya Ingin Mengingati Rakan-Rakan

assalamualaikum ... Hanya Ingin Mengingatkan ....



Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...
  • 1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
  • 2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
  • 3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
  • 4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
  • 5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya .....

  • 1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
  • 2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
  • 3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
  • 4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
  • 5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

  • 1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
  • 2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
  • 3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
  • 4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.

Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

  • Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
  • Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
  • Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
  • Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
  • Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Wassalam.

Tiada ulasan: