Jumaat, 29 November 2013

PROGRAM SANTAI DI LEGOLAND - PAKEJ PROMOSI - 28/29-12-2013

PROGRAM SANTAI DI LEGOLAND - PAKEJ PROMOSI - (1) Water Park Only RM 60.00 / pax, (2) Dry Park Only RM 60.00 / pax, (3) Kombo - Dry + Water only RM 110.00. Tarikh : 28/12/2013 atau 29/ 12/2013. Sila buat pembayaran PENUH sebelum 20/12/2013. Kanak2 di bawah 3 tahun PERCUMA. Hubungi 9W2HOZ ( 019 7770435 / 016 7166515 ) untuk maklumat lanjut.

Isnin, 25 November 2013

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MARL KALI PERTAMA -14/12/2013

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MARL kali PERTAMA, akan diadakan pada Hari Sabtu, 14/12/2013, jam 9.30 pagi, bertempat di Dewan Sivik, MBPJ, Jalan Yong Shook Lin, 46675 Petaling Jaya, Selangor. Kehadiran ahli-ahli gabungan MARL dan rakan2 HAM yang berkelapangan amatlah di hargai. GPS Coordinates: N3 05.812 E101 38.719

Jumaat, 22 November 2013

SELAMAT HARI KEPUTERAAN KE 55

DAULAT TUANKU

Barisan kepimpinan dan ahli-ahli Persatuan KRKPJB, merafak sembah menjunjung kasih setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN IBRAHIM
IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

Sultan Dan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takhluk Johor Darul Ta'zim
Sempena hari Ulang Tahun Keputeraan Yang ke 55 pada 22 November 2013

Semoga Allah Lanjutkan Usia Tuanku.
DAULAT TUANKU !


 

Rabu, 20 November 2013

MONSOON TRAIL 2013 - (21-25/12/2013)

▼PENGUMUMAN EKSKLUSIF:THE ULTIMATE PROGRAMME▼






MONSOON TRAIL 2013: MISI 4X4 BANTUAN KEMANUSIAAN
*DI POS ORANG ASLI PALING PEDALAMAN SEMENANJUNG MALAYSIA

TARIKH:21 DISEMBER 2013 - 25 DISEMBER 2013

LALUAN MISI 4X4: KUALA BETIS-POS HAU-POS BALAR-POS BELATIM-POS BIHAI- KUALA BETIS,
GUA MUSANG, KELANTAN DARUL NAIM

ANJURAN:YAYASAN AL-KHALIFAH

DENGAN KERJASAMA:
MOI ADVENTURE, REAL XPDC ADVENTURE,
YELLOW CRUISER ADVENTURE, KELAB SUKAN DAN KEBUDAYAAN MBPJ

======================
Ekspedisi 4x4 MONSOON TRAIL @ LALUAN MONSUN adalah Misi Bantuan Kemanusiaan kepada masyarakat Orang Asli PALING PEDALAMAN belantara SEMENANJUNG MALAYSIA di waktu musim tengkujuh/monsun (November hingga Januari) di mana pada ketika ini bekalan makanan amat sukar diperolehi. Peniaga runcit bergerak tidak masuk lagi ke pedalaman di musim ini kerana keadaan jalan @ laluan hutan menjadi terlalu teruk @ 'hardcore' di sana.

Selain itu program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat luar terutama dari badan kerajaan,swasta,NGO untuk menyelami sendiri kehidupan Orang Asli dan menyumbangkan segala budi dan bakti untuk dikongsi bersama masyarakat Orang Asli sebagai tanggungjawab sosial.
======================

SYARIKAT,NGO DAN INDIVIDU YANG BERMINAT UNTUK MENYUMBANG DANA ATAU MATERIAL BOLEH HUBUNGI @ PM ADMIN (AZHAR) DI SMS/ WHATSAPP 011-11317842.

************************
TENTATIF

21 Disember 2013 / Sabtu
07.00 am – Pendaftaran peserta misi 4x4 bantuan kemanusiaan di Masjid Gua Musang,Kelantan
08.00 am –Taklimat oleh penganjur (pengagihan barang-barang sumbangan dan pembahagian sukarelawan kepada kereta-kereta 4wd )
09.00 am – Begerak ke Kuala Betis,Untuk memulakan Offroad.
10.00 am – Mula perjalanan offroad. Destinasi Pertama adalah Kg Enching, Pos Hau. Dianggarkan 4 jam jika tiada masalah perjalanan.
02.00 pm – Sampai di kg Enching, Pos Hau.
02.30 pm – Persediaan makanan tengah hari untuk peserta konvoi.
02.30 pm – Ziarah dan ramah mesra bersama penduduk kampung Kg Enching Pos Hau.Kemudian, Aktiviti santai (memancing,mandi sungai dll).
04.30 pm – Aktiviti sukan keluarga bersama penduduk kampung.
05.00 pm – Persediaan Makan malam.
06.30 pm –Makan malam.
07.30 pm – Solat berjemaah bersama penduduk kampung.
08.30 pm –Tayangan wayang pacak.
11.30 pm – Tidur
(Hari pertama bermalam di Kg Enching, Pos Hau, Gua Musang )

22 Disember 2013 /Ahad
06.00 am – Solat Subuh , tazkirah.
08.00 am – Sarapan pagi di Kg Enching,Pos Balar.
09.00 am – Menuju ke Pos Balar. Singgah di beberapa perkampungan kecil seperti Kg Balyek,Kg Ipes, kg Manjol, Kg Tembaga untuk diberikan sumbangan.
12.00 am – Sampai ke kg Perawas,Pos Balar (Pusat aktiviti konvoi di kawasan Pos Balar)
12.30pm – Satu kumpulan akan sediakan juadah makanan. Dan satu kumpulan akan ziarah dan ramah mesra bersama penduduk kampung kg Perawas,Pos Balar.
02.00 pm – Aktiviti sukan keluarga bersama penduduk dan kanak-kanak Pos Balar.
05.00 pm – Menuju ke Kg Dakoh,Pos Balar untuk aktiviti seterusnya.
05.30 pm –Persediaan makan malam.
07.30 pm – Solat berjemaah bersama penduduk kampung.
08.00 pm – Makan malam bersama penduduk kampung
08.30 pm –Tayangan wayang pacak.
11.30 pm – Tidur
(Hari kedua bermalam di Kg Dakoh, Pos Balar, Gua Musang )

23 Disember 2013 /Isnin
06.00 am – Solat Subuh dan tazkirah
07.00 am – Memasak, persediaan makan pagi dan sarapan di Kg Dakoh,Pos Balar.
09.00 am – Menuju ke Pos Belatim. Singgah di beberapa perkampugan kecil seperti Kg Peng,Kg Cacuh, untuk diberikan sumbangan.
12.00 am – Sampai ke kg Belatim,Pos Belatim (Pusat aktiviti konvoi di kawasan Pos Belatim)
12.30 pm – Satu kumpulan akan sediakan juadah makanan. Dan satu kumpulan akan ziarah dan ramah mesra bersama penduduk kampung kg Belatim,Pos Belatim.
02.00 pm – Aktiviti sukan keluarga bersama penduduk dan kanak-kanak Pos Belatim.
05.00 pm – Menuju ke Kg Cekrok,Pos Belatim untuk aktiviti seterusnya.
05.30 pm –Persediaan makan malam.
07.30 pm – Solat berjemaah bersama penduduk kampung.
08.00 pm – Makan malam bersama penduduk kampung
08.30 pm –Tayangan wayang pacak.
11.30 pm – Tidur
(Hari ketiga bermalam di Kg Cekrok, Pos Belatim, Gua Musang )

24 Disember 2013 /Selasa
06.00 am – Solat Subuh dan tazkirah
07.00 am – Memasak, persediaan makan pagi dan sarapan
09.00 am – Menuju ke Pos Bihai.
12.00 am – Sampai ke kg Tendrik,Pos Bihai (Pusat aktiviti konvoi di kawasan Pos Bihai)
12.30 pm – Satu kumpulan akan sediakan juadah makanan. Dan satu kumpulan akan ziarah dan ramah mesra bersama penduduk kampung kg Tendrik,Pos Bihai.
02.00 pm – Aktiviti sukan keluarga bersama penduduk dan kanak-kanak Pos Bihai.
05.30 pm –Persediaan makan malam.
07.30 pm – Solat berjemaah bersama penduduk kampung.
08.00 pm – Makan malam bersama penduduk kampung
08.30 pm –Tayangan wayang pacak.
11.30 pm – Tidur
(Hari keempat bermalam di Kg Tendrik, Pos Bihai, Gua Musang )

25 Disember 2013 /Rabu
06.00 am – Solat Subuh dan tazkirah
07.00 am – Memasak, persediaan makan pagi dan sarapan
09.00 am – Pembersihan kawasan camp site dan ziarah wida kampung
10.00 pm – Bergerak keluar ke kawasan Kuala Betis.
12.30 pm – Sampai ke Kuala Betis.
01.00 pm – Taklimat perpisahan dan bersurai ke destinasi masing-masing.

Salam Perjuangan,
YAYASAN AL-KHALIFAH

BLUETOOTH FOR AMATEUR RADIO

SHARING INFORMATION