Rabu, 27 Mac 2013

AGM JASRA - 27/4/2013

MAKLUMAN TERKINI - MESYUARAT AGUNG JASRA akan diadakan pada JAM 11.00 PAGI, 27/4/2013, HARI SABTU, bertempat di Pusat Latihan Pertanian, Ayer Hitam. ( 100 m sebelah kanan selepas membelok ke kiri di Plaza Tol Air Hitam, menghala ke Kluang ). Harap maklum perubahan masa. Notis mesyuarat sedang di poskan dan jika tidak menerimanya, sila hubungi Setiausaha JASRA, 9W2EKP. Kehadiran di hargai.

Selasa, 12 Mac 2013

OPS PERIHATIN JB 1/2013 - 30/3/2013

JPAM JOHOR dengan kerjasama NGO2, akan mengadakan OPS PERIHATIN JB 1/2013, pada Hari Sabtu, 30/3/2013 (0800 hrs - 1600 hrs), bertempat di Kawasan Rumah Setinggan, Jalan Kiambang 9, Taman Seri Pandan Johor Bahru, bagi kerja2 Amal didalam membantu membina dinding sebuah rumah dan penyerahan Bahan Makanan Harian kepada 6 keluarga Daif. YB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di jangkakan akan hadir bersama. Di jemput semua Pegawai Bersekutu / Anggota2 / Sukarelawan JPAM Negeri Johor dan ahli2 NGO, yang ingin turut serta didalam program ini, samada menyumbang tenaga atau bahan makanan, sila berhubung dengan Mejar Bersekutu (PA) Hj Abd lah @ Abdullah Bin Hj Awang / 9W2HOZ (019 777 0435).