Ahad, 17 Ogos 2008

Sejarah KRKPJB (Komunikasi)

November 2004 era radio komunikasi bermula dengan ahli-ahli Kelab Sukan Dan Kebajikan Puspakom (KSKP). KSKP merupakan kelab kekitangan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Sdn. Bhd. Sekarang dikenali sebagai Puspakom Sdn. Bhd. Kerana kesukaran untuk mendaftar radio komunikasi kami mencari kelab yang boleh bergabung.
Setelah persetujuan dibuat di antara KSKP dan KRKPJB, kami membuat permohonan untuk memohon 'Private Network Station (PNS)' untuk 'Land Mobile Station' dan 'Mobile Station' dari Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Permohonan diluluskan dan 'Callsign' pertama 'repeater' 9WT491. Lokasi 'repeater' pertama di Tingkat 4 kediaman Encik Anuar Bin Abd. Jalil di Jalan Nibong Taman Daya. Matlamat utama kami menubuhkan radio komunikasi ini sebagai KELAB RADIO PRA-AMATUR.
Mereka terlibat dalam radio komunikasi :-
  1. Encik Saidi Bin Hasan (9W2SBH)
  2. Encik Anuar Bin Abd. Jalil (9W2HAA)
  3. Encik Baharudin Bin Hashim (9W2UDD)
  4. Encik Rosli Bin Mohd Onn (9W2ROM)

Tiada ulasan: