Ahad, 17 Ogos 2008

Sejarah

Dikenali sebagai Pasir Pelangi Modelers Flying Club atau Pelangi RC Club. Didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 pada 01hb. April 2004 Bernombor Pendaftaran 0605-04-10 sebagai Kelab Radio Kawalan Pelangi Johor Bahru.
Aktiviti utama kelab ini permainan yang merupakan hobi Radio Kawalan (RC) Kapal Terbang, Helikoter. Kelab ini diberi tempat secara eksklusif di Padang Polo Diraja Pasir Pelangi untuk menjalankan aktiviti tersebut. Pihak kelab mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pihak Istana khasnya YM Tunku kerana menyokong aktiviti kelab ini.
Mereka yang terlibat dalan penubuhan kelab ini :-
  1. Encik Hamdan Bin Yusof
  2. Encik Baharudin Bin Hashim
  3. Encik Abdul Rahim Bin Ismail
  4. Encik Mohd Faisal Bin Mohd Ali
  5. Encik Albert Sim Theng Kwei
  6. Encik Timbul Wahono Bin Iman Supardi